www.mydeco.com.my
[ utama | produk | aksesori | jaminan |tanya kami ]

Webmail

~ Talian Mesra ~
Untuk temujanji / pertanyaan :
Saiful ( 019-9762325 )
Abdul Aziz ( 013-9663850 )

-----------------------------------------------
~ Pertanyaan on-line ~
Boleh tanya untuk
dapatkan senarai harga terbaru.
<< klik di sini >>

-----------------------------------------------
~ Pertanyaan Melalui e-mail ~

Tanya pelbagai soalan
info@mydeco.com.my
----------------------------------------------
~ Alamat Kami ~
Cawangan Utama
Flodeco Trading
No. 51, Jln PJS 3/3,
Taman Pengiran Senawang,
71450 Negeri Sembilan.


Cawangan :
Flodeco Trading
No. 34, Jalan TJ 9/4,
Taman Temerloh Jaya,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-2450966

Showroom Temerloh :
B8, Bazaar Lurah Semantan,
28000 Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
Shamsul : 012-2815300

Showroom Bentong :
No. 5, Gerai MPB,
Jalan Raub,
28700 Bentong,
Pahang Darul Makmur.

Showroom Kuantan :
Dalilla Home Decor,
No. G3-G5, Blok L,
Lorong Seri Teruntum 2,
Medan Warisan,
25100 Kuantan

Pahang Darul Makmur.
Tel. : 09-5132203

 

Syarikat kami FlodecoTrading merupakan salah satu syarikat yang membekalkan peralatan dan juga memberikan perkhidmatan pemasangan lantai kayu berlamina. Lantai kayu berlamina yang kami bekalkan ialah jenis ROBINA. Kenapa kami memilih lantai kayu berlamina jenis ROBINA? Lantai kayu berlamina ROBINA ialah lantai kayu yang tahan lama, lasak, tidak dimakan anai-anai, tidak calar, jaminan sehingga 25 tahun, tidak menngunakan gam semasa pemasangan, mudah dipasang, mesra alam dan diperbuat di Malaysia. Selain itu ianya memberikan kepada kita banyak pilihan dan corak terkini.

Lantai kayu berlamina jenis ROBINA ini sangat sesuai untuk dipasang di dalam rumah dan juga pejabat. Bagi ibubapa yang perihatin kepada keselamatan anak-anak, lantai berlamina ROBINA ini adalah pilihan terbaik kerana ianya dapat mengelakkan daripada berlaku kemalangan yang tidak diingini apabila anak anda terjatuh. Jika di rumah anda menggunakan marmar atau jubin sebagai lantai rumah maka ianya merbahayakan kepada anak-anak kecil anda bila terjatuh. Lantai berlamina ini selamat kerana semasa pemasangan, lapisan pertama ialah plastik yang kalis air dan diikuti dengan foam. Sebab itulah apabila rumah anda dipasang dengan papan lantai berlamina ROBINA ini anda akan merasakan kelainannya.

Bagi anda yang mempunyai pejabat, papan lantai berlamina ini sangat sesuai untuk dipasangkan di pejabat anda kerana ianya akan memberikan kelainan dalam pejabat anda. Selain itu pejabat anda akan kelihatan lebih menaik dan nampak elegan. Jika anda yang mempunyai bajet mengubahsuai dan menghias rumah agar nampak kelainan dari yang lain maka apa kata anda memilih lantai kayu ROBINA ini. Suasana keanggunan kayu asli menjadi trend yang popular masa kini. Kaedah pemasangan terapong (floating) yang boleh dipasang di atas mana-mana permukaan lantai tidak memerlukan penukaran lantai sedia ada, ini menjimatkan masa dan kos pengubahsuaian rumah anda.

Untuk pengetuan anda semua, selain model yang dipasarkan dalam negara kami juga ada model untuk eksport yang mana ianya terhad. Oleh itu sila dapatkan sebut harga daripada kami dengan segera.

Selain rumah dan syarikat, kami juga telah banyak memasang lantai kayu ini di hotel-hotel. Untuk menampakkan keserian dalan hiasan dalaman sesebuah hotel maka lantai kayu berlamina ROBINA ini sudah menjadi pilihan bagi pemilik-pemilik hotel. Sehingga hari ini kami telah menerima pelbagai tempahan pemasangan. Terima kasih diucapkan atas sokongan anda. Disebabkan kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan di negeri-negeri lain maka kami skopkan sahaja negeri-negeri yang kami mampu penuhi. Oleh yang demikian bagi mereka yang berada di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Pahang kami sedia menerima tempahan anda. Bagi negeri-negeri lain kami cuba dapatkan ejen bagi negeri anda jika anda bertanyakan kepada kami.

 
Copyrights©2009 by mydeco.com.my All rights reserved.
Homepage design and hosting by Nurnilam Dot Com